Apakah yang perlu ada dalam rutin penjagaan kulit

Rutin penjagaan kulit yang bijak merupakan rahsia kulit yang mulus dan sihat. Sekalipun dengan lambakan produk penjagaan kulit di pasaran, penjagaan kulit sebenarnya tidaklah sukar. Teruskan membaca untuk mengetahui perkara-perkara asas penjagaan kulit harian.

 

Pembersih

Sesetengah sabun bertindak kasar dan merengsa kulit, jadi pastikan anda menggunakan pembersih yang mesra terhadap keseimbangan kadar pH dan lapisan pelindung semulajadi kulit anda, seperti Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Ia bersama-sama membersih dan melembap bagi memastikan kulit tidak terasa ketat selepas dibersihkan.

 

Bersihkan dua kali sehari; sekali di waktu pagi dan sekali lagi di waktu malam. Tekapkan dengan lembut menggunakan tuala sehingga kering dan elakkan daripada menggosok wajah.

 

Pelembap harian

Selepas dibersihkan, pakaikan pelembap ke wajah semasa kulit anda masih lembap. Ini membantu memerangkap lembapan dan mengekalkan kulit anda lembut dan halus.

 

Anda mungkin menyangka langkah ini tidak perlu jika anda mempunyai kulit berminyak. Sebenarnya, anda masih perlukan pelembap, kerana kulit yang berminyak pun masih kekurangan air. Pastikan anda menggunakan pelembap yang sesuai untuk kulit berminyak, kerana ia direka untuk tidak menyekat pori-pori.

 

Pelindung matahari

Pelindung matahari bukan sekadar digunakan semasa percutian atau di pantai. Menggunakan pelindung matahari ke wajah dan tubuh setiap hari memberi pelindungan daripada sinar ultra lembayung yang menyebabkan kerosakan kulit terkumpul dan penuaan kulit lebih awal.

 

Pilihlah produk dengan pelindungan ultra lembayung yang berspektrum luas untuk melindungi anda daripada sinar lembayung A yang menyebabkan penuaan dan sinar lembayung B yang menyebabkan selaran matahari. Cubalah pelindung matahari Cetaphil UVA/UVB Defense SPF 50+ yang sesuai untuk semua jenis kulit termasuk yang sensitif.

 

Sedikit peringatan juga, walau fungsi tidak telap air membantu pelindung matahari ia tidak mudah tanggal dengan air atau peluh, pendedahan berterusan kepada matahari memerlukan anda berterusan memakainya. Jadi, pastikan untuk memakainya semula setiap 2 jam, atau selepas mengelap tubuh atau berpeluh dengan banyak.

 

Pelembap malam

Manfaatkan keupayaan semulajadi kulit anda membaikpulih yang aktif pada waktu malam dengan memakai pelembap sebelum tidur. Apabila anda bangun tidur, kulit akan terasa lebih seimbang dan halus. Krim khasiat seperti Cetaphil Moisturizing Lotion melindungi kulit daripada kering sepanjang malam.

 

Penjagaan mata

Jangan abaikan penjagaan sekitar mata anda! Kulit sekitar mata adalah lebih lembut daripada seluruh wajah anda, jadi pastikan untuk memakai gel atau krim mata khas sebelum tidur. Ia membantu menghidrat, mencerah dan melembut kawasan sekitar mata dan mencegah pembentukan garis-garis dan tompok gelap.

 

Jangan lupa tubuh anda

Memandangkan kebanyakan bahagian tubuh anda tertutup hampir setiap masa, anda cenderung untuk tidak mementingkan kulit di lengan, belakang  dan batang tubuh. Tanpa menyedari bahagian kulit di situ juga boleh menjadi kering tanpa penjagaan yang betul.

 

Pastikan untuk menggunakan pembersih tubuh yang lembut, dan jadikan ia satu sikap untuk melembapkan kulit sebaik selesai mandi. Cubalah dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser disusuli dengan pelembap Cetaphil Moisturizing Cream.