Artikel Kesihatan Kulit

Kulit Kering – Apakah Sebenarnya?

Kulit kering (dikenali sebagai xerosis secara klinikal) berlaku atas beberapa sebab, contohnya, virus, keadaan kesihatan yang kronik, rengsaan persekitaran, tindak balas alahan dan proses penuaan semula jadi.

Kadang kala, kulit kering tidak diketahui puncanya.

SGMY_blog_8_655x370_body.png

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kulit kering juga dikenali dengan istilah dan keadaan berikut:

 

  • Asteatosis berlaku apabila kelenjar sebum menghasilkan rembesan yang berkurangan. Istilah ini digunakan bersama dengan xerosis apabila membincangkan kulit kering yang dialami orang-orang tua.

  • Xerosis bermusim (gatal musim sejuk) biasanya melibatkan rasa gatal tetapi tiada ruam. Keadaan ini berlaku semasa musim sejuk kerana kelembapan yang rendah.

  • Ekzema ialah sejenis keradangan kulit yang bermula dari tahap ringan hingga ke kronik dan teruk. Gejala utamanya ialah tompokan kulit kering dan bersisik. Kecenderungan mendapat ekzema yang teruk boleh diwarisi.

  • Dermatitis ialah istilah yang digunakan bersama dengan ekzema dan xerosis untuk menerangkan kulit terengsa. Ia juga merujuk kepada pelbagai masalah kulit yang mengakibatkan keradangan kulit.

  • Ichthytosis ialah gangguan genetik yang dialami dalam masa setahun kehidupan anak-anak. Cirinya ditunjukkan oleh kulit kering dan bersisik.

     

Jika anda mengalami kulit kering, perhatikan kepelbagaiannya dan cari puncanya. Ini akan dapat membantu anda untuk memilih pendekatan pencegahan, ubat dan penyelesaian penjagaan kulit yang sesuai.