Artikel Kesihatan Kulit

Mengasingkan Ekzema daripada Cereka Rekaan

1) Kepercayaan:

Ekzema merujuk kepada kulit yang kering, merengsa, gatal dan kadang kala menjadi merah. Walau bagaimanapun, pesakit yang mudah terkena ekzema boleh mengalami tahap keterukan yang berbeza.

Fakta:

Ekzema disebabkan oleh tabiat tidak menjaga kebersihan diri.

2) Kepercayaan:

Ekzema disebabkan oleh tabiat tidak menjaga kebersihan diri.  

Fakta: Ekzema tidak mencerminkan kebersihan kulit dan bukan akibat tidak menjaga kebersihan diri. Sebaliknya, membersihkan kulit anda terlalu lama atau terlalu kerap boleh membuatkan ia bertambah teruk.

3) Kepercayaan:

Gaya hidup anda akan sentiasa terbatas jika anda menghidapi ekzema.

Fakta:

Jika anda mengalami masalah kulit ekzema, ia tidak akan membataskan cara hidup dan aktiviti harian. Walaupun sesetengah aktiviti (contohnya, aktiviti yang menyebabkan anda berpeluh secara berlebihan) boleh membuatkannya bertambah teruk, ia tidak bermakna anda perlu mengelakkan aktiviti itu langsung. Panduan untuk mengendalikan ekzema adalah dengan melembapkan kulit dengan kerap dan mematuhi sebarang peraturan memakan ubat seperti yang diarahkan oleh doktor.

4) Kepercayaan: Ekzema satu penyakit berjangkit

Fakta:

Ekzema tidak berjangkit dan sentuhan fizikal antara individu yang menghidapi ekzema dengan mereka yang tidak, sememangnya selamat.

5) Kepercayaan:

Ekzema akan meninggalkan parut yang kekal dan teruk.

Fakta:

Secara umumnya, apabila dikendalikan dengan baik, ekzema tidak meninggalkan parut yang kekal. Dalam kebanyakan kes, perubahan warna kulit dan penipisan kulit mungkin berlaku dalam jangka masa yang panjang akibat kesan menggaru tetapi penjagaan yang baik akan mencegah parut yang kekal.

6) Kepercayaan: Ekzema tidak perlu dirawat kerana kanak-kanak yang semakin membesar, lama-kelamaan tidak akan menghidapinya lagi.

Fakta:

Sesetengah kanak-kanak yang semakin membesar, lama-kelamaan tidak akan menghidapinya lagi. Walau bagaimanapun, anda perlu mengendalikan ekzema dengan betul agar dapat kualiti kehidupan yang baik sepanjang tempoh kanak-kanak membesar. Disebabkan ekzema menjadikan kulit gatal dan kerap digaru, waktu tidur/rehat kanak-kanak yang amat penting untuk tumbesaran akan digganggu.

7) Kepercayaan:

Rawatan ekzema terhad kepada ubat-ubatan.

Fakta:

Ubat-ubatan dapat membantu, terutamanya semasa ia meradang, tetapi untuk jangka masa panjang dan kawalan yang efektif, gunakan pencuci dan pelembap yang disarankan oleh pakar dermatologi, seperti Cetaphil PRO AD Derma Skin Restoring Body Wash dan Skin Restoring Body Moisturizer untuk menangani simptom kekeringan kulit dan rasa gatal. Membuat perubahan kecil tetapi ketara pada gaya hidup juga dapat membantu; seperti mengenal pasti dan mengelakkan pencetus ekzema (contohnya, hama debu, detergen, perubahan suhu dan makanan diet).

Untuk memastikan anda mengamalkan penjagaan kulit yang terbaik, sila semak maklumat diperoleh daripada sumber yang boleh dipercayai. Jika anda ragu-ragu, sila dapatkan nasihat doktor.