Panduan mengenali jenis kulit anda

Penjagaan kulit bermula dengan mengenal pasti jenis kulit yang anda miliki. Berikut adalah panduan mudah untuk mengetahui apakah itu kulit kering, berminyak, kombinasi, sensitif dan normal bagi membantu anda mengamalkan rutin penjagaan yang terbaik.

 

Kulit Kering

IA KELIHATAN SEPERTI: Mereka yang memiliki kulit kering, mempunyai liang pori yang hampir tidak kelihatan serta kulit nampak kusam dan kasar. Berkemungkinan juga terdapat tompok-tompok kemerahan dan garisan halus serta kedutan pada kulit.

 

APA YANG PERLU DILAKUKAN: Jika anda mempunyai kulit kering, gunakan pembersih lembut yang melembapkan seperti Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Formulasinya yang lembut tidak mengeringkan kulit malah ia mengandungi emolien yang melembap sambil membersih. Usah mandi terlalu lama kerana ia akan menyebabkan kulit semakin kering.

 

Menyapu pelembap dengan segera selepas membersih akan melembutkan kulit dan mengurangkan garisan halus pada wajah. Pastikan anda lakukannya ketika wajah masih lembap kerana ia membantu menyerap kelembapan. Dan jangan lupa untuk sapu semula pelembap jika kulit terasa kering. Menggunakan pelindung matahari seperti Cetaphil UVA/UVB Defense SPF 50+ yang mengandungi bahan pelembap turut melindungi daripada sinaran matahari yang boleh merosakkan kulit kering.

 

Pelembap wajah yang ideal untuk kulit kering harus mengandungi bahan seperti gliserin yang membantu kulit menyimpan air. Dan ingat, menyental/menggosok kulit sekali dalam seminggu dengan scrub pembersih yang lembut sudah mencukupi. Paling baik jika anda menggunakan pembersih yang lembut di antara waktu anda menyental/menggosok itu.

 

Kulit Berminyak ke Kombinasi

IA KELIHATAN SEPERTI: Mereka yang mempunyai kulit yang berminyak dan kombinasi menghadapi simptom yang serupa maka penjagaan kulit mereka agak sama. Kulit berminyak mempunyai liang pori yang jelas dan membesar serta kulit nampak berkilat akibat lebihan sebum (bahan yang melincirkan dan menjadikan kulit kalis air). Manakala untuk kulit kombinasi, besar kemungkinan kulit anda ada kedua-dua ciri iaitu kering pada pipi dan berminyak pada zon-T.

 

APA YANG PERLU DILAKUKAN: Jika anda memiliki kulit berminyak atau kulit kombinasi, anda mungkin terasa ingin selalu membersihkan wajah untuk menanggalkan lebihan minyak dan kekotoran. Namun, penting untuk anda jangan kerap mencuci kerana ia akan mengeringkan kulit dan menyebabkan lebih banyak minyak terhasil. Anda boleh mencuba Cetaphil Gentle Skin Cleanser kerana formulasi pHnya yang seimbang berkesan membersih tanpa menyebabkan iritasi pada kulit anda.

 

Mereka yang mempunyai kulit berminyak disarankan agar kerap menggosok/menyental kulit kerana ia akan menanggalkan permukaan kulit mati dan mengurangkan liang pori yang tersumbat[1]. Tetapi jangan menggosok/menyental terlalu kasar. Mereka yang mempunyai kulit kombinasi boleh memulakan rutin menggosok/menyental sekali atau dua kali seminggu dan perlahan-lahan melakukannya dengan lebih kerap jika perlu[2].

 

Samada kulit berminyak atau kombinasi, langkah terbaik adalah menyapu pelembap yang ringan rasanya serta pantas menyerap seperti Cetaphil Moisturizing Lotion. Kulit terhidrat lebih lama serta tidak berminyak. Dan ketika mencari produk penjagaan kulit, pastikan anda memilih yang mempunyai label “bukan komedogenik” yang bermaksud, formulasi yang tidak menutup liang pori.

 

Selain pelembap, sapukan juga pelindung matahari kerana ia membantu menghalang rembesan sebum akibat sinaran matahari. Produk seperti Cetaphil Sun SPF 50+ Light Gel yang amat berkesan kerana ia senang disapukan, bukan komedogenik, tidak berminyak dan memberi perlindungan spektrum yang meluas terhadap sinaran UVA dan UVB.

 

Kulit Sensitif

IA KELIHATAN SEPERTI: Jika anda memiliki kulit sensitif, anda mungkin mengalami simptom seperti kulit kemerahan dan kegatalan. Anda juga mungkin mendapati yang kulit anda mudah mendapat iritasi apabila terdedah kepada bahan tertentu dalam produk penjagaan kulit dan akibat perubahan alam sekitar.

 

APA YANG PERLU DILAKUKAN: Ingat, terlampau lama membersihkan wajah akan menyebabkan iritasi kulit, jadi bersederhanalah ketika membersih dan menggosok/menyental. Gunakan air sejuk atau suam dan bukan air panas yang boleh menanggalkan lapisan pelindung kulit anda[3].

 

Elak daripada menggunakan sabun dan produk yang mempunyai bau yang kuat kerana ia boleh mengakibatkan kulit kering serta iritasi pada kulit. Sebaliknya, gunakan pembersih yang bebas sabun dan pewangi seperti Cetaphil Gentle Skin Cleanser.

 

Sapu pelembap dengan kerap. Pastikan anda memilih pelembap yang menggalakkan penghidratan. Untuk itu, anda boleh mencuba Cetaphil Moisturizing Cream kerana ia mengandungi minyak badam, bahan yang membantu mengurangkan kekeringan dan kegatalan di samping melembapkan kulit.

 

Mencari pelindung matahari yang sesuai untuk kulit sensitif bukan mudah kerana banyak produk mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit[4]. Oleh itu penting untuk menggunakan produk yang telah diuji secara dermatologi dan sesuai untuk kulit sensitif kerana formulasinya lebih lembut tetapi efektif. Anda boleh mencuba produk yang bebas pewangi dan paraben seperti Cetaphil Sun SPF 50+ Light Gel.

 

Pastikan anda peka dengan tindak balas kulit anda terhadap produk yang digunakan dan pantau apa yang menyebabkan tindak balas seperti rasa terbakar, pedih, gatal dan kemerahan itu berlaku. Begitulah caranya untuk memastikan kulit berasa sihat dan nampak berseri.

 

Kulit Normal

IA KELIHATAN SEPERTI: Secara umumnya kulit normal hanya mempunyai beberapa masalah kulit ataupun tiada langsung, tidak sensitif, sedikit sahaja liang pori yang kelihatan dan tahap penghidratan yang seimbang[5]. Mereka yang mempunyai kulit normal jarang mengalami kulit kering, berminyak ataupun ditumbuhi jerawat.

 

APA YANG PERLU DILAKUKAN: Kulit normal mudah dijaga namun satu langkah penjagaan kulit yang bijak adalah dengan menggunakan produk yang lembut dan terbukti secara klinikal agar kulit kekal tanpa masalah. Sebagai permulaan, gunakan pembersih yang lembut seperti Cetaphil Gentle Skin Cleanser untuk membersih dan melembapkan kulit tanpa menanggalkan minyak semula jadi atau menyebabkan iritasi.

 

Selepas membersih, sapukan pelembap ke serata tubuh. Gunakan Cetaphil Moisturizing Cream – ia mengandungi bahan pelembut dan pelembap ekstra yang dapat menyatukan dan mengikat air pada kulit dan mencegah kelembapan daripada hilang bagi penghidratan yang berpanjangan.

 

Kulit normal juga boleh rosak akibat sinaran matahari, jadi selalu sapukan pelindung matahari. Jadikan Cetaphil UVA/UVB Defense SPF 50+ sebagai pilihan anda. Ia menyerap dengan mudah dan memberi perlindungan spektrum yang meluas terhadap sinaran UV yang merbahaya. Sikap proaktif terhadap amalan penjagaan kulit dan konsisten menjaganya menjadikan kulit anda sihat dan cantik.

 

-

 

Memandangkan kini anda telah kenal pasti jenis kulit anda, usah berlengah untuk menjaganya dengan Cetaphil. Mulakan dengan amalan membersih menggunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser yang disyorkan oleh pakar dermatologi dalam rutin penjagaan kulit anda dan ketahui mengapa 97% wanita Malaysia turut bertukar kepadanya.*

 

*Kaji selidik dijalankan oleh Home Tester Club antara 17/5/18 dan 7/7/18. 800 orang ahli Home Tester Club telah menerima dan menggunakan Pembersih Kulit Lembut Cetaphil.

 

 

[1] https://www.paulaschoice.com/expert-advice/skincare-advice/oily-skin/very-oily-skin.html

 

[2] https://www.bustle.com/p/the-4-best-exfoliators-for-combination-skin-9745921

 

[3] https://www.self.com/story/sensitive-skin-facts-dermatologists

 

[4] https://www.allure.com/gallery/best-sunscreen-for-sensitive-skin

 

[5] https://www.byrdie.com/normal-skin-type