Tip untuk kekalkan kulit yang sihat sepanjang Ramadan

Di bulan Ramadan, tubuh anda perlu menyesuaikan diri dengan gaya pemakanan yang baharu. Begitu juga dengan organ terbesar anda – iaitu kulit!

 

Semasa berpuasa, kulit anda mungkin kurang penghidratan kerana cecair dalam badan telah disalurkan ke organ-organ penting yang lain. Jadi tidak mustahil jika terdapat tompok-tompok kering dan jerawat timbul pada kulit anda. Sebab itu, penting untuk pastikan kulit anda terhidrat dengan mengamalkan penjagaan kulit yang sesuai. Ini adalah caranya:

                                                              

Kurangkan terdedah kepada cahaya matahari

Oleh kerana cahaya matahari akan menambahkan kekeringan pada kulit yang sememangnya telah dinyahhidrat akibat berpuasa, maka penting untuk melindungi kulit agar ia lebih terpelihara. Sudah semestinya anda perlu memakai pelindung matahari sebelum melangkah keluar, sekurang-kurangnya dengan SPF 50 dan sapu semula sekiranya anda berada di luar selama lebih daripada 2 jam.

 

Anda boleh mencuba pelindung matahari Cetaphil kami yang telah diuji secara dermatologi melindungi daripada cahaya matahari tanpa menutup liang-liang kulit.

 

Minum banyak air selepas berbuka

Seharian tanpa air, sering pula terdedah kepada kepanasan dan penghawa dingin boleh menyebabkan kulit anda berasa kering. Jadi bila tiba masa berbuka, pastikan anda minum air yang secukupnya sehinggalah waktu untuk mula berpuasa semula agar kulit anda terhidrat.

 

Untuk mendapatkan lebih nutrien daripada air yang anda minum, cuba campurkan dengan buah-buahan segar seperti lemon, strawberi dan epal. Dengan cara itu, kulit anda bukan sahaja terhidrat malah lebih anjal serta membantu menghapuskan toksin daripada badan.

 

Amalkan makanan berkhasiat semasa berbuka

Bagi memastikan anda mendapat khasiat yang secukupnya dan bersedia untuk berpuasa pada keesokan hari, pilih makanan yang kaya dengan nutrien dan vitamin seperti sayur-sayuran dan buah-buahan di mana ianya juga bagus untuk kulit anda. Pilih buah tembikai dan timun serta tomato dan saderi. Ia mengandungi zat garam dan mineral yang membantu tubuh anda menyerap air dengan lebih berkesan. Untuk mengelakkan kulit daripada dinyahidrat, tambah lobak merah, sayuran hijau, daging dan bijirin penuh dalam hidangan sahur dan iftar anda.

 

 Pastikan kulit sihat dan lembap di bulan Ramadan ini dengan Cetaphil

Sepanjang menjalani ibadah puasa, pastikan kulit anda dijaga rapi dengan produk yang sesuai. Untuk membersihkan wajah, anda boleh menggunakan Pembersih Kulit Lembut Cetaphil. Formulasinya yang bebas sabun dan pewangi membantu anda membersih serta melembapkan semua jenis kulit baik sebelum mahupun selepas SOLAT. Sebab itulah, pelakon kesayangan Malaysia, Lisa Surihani menggelarkannya, pembersih nombor 1 pilihannya!

 

Jangan sesekali lupa, pelembap, pelembap, pelembap. Sapukan pelembap yang bagus seperti Krim Pelembap Cetaphil ke wajah dan tubuh anda untuk mengelakkan kehilangan lembapan di samping memastikan kulit anda terhidrat lebih lama.

 

Dan, sebagai bonus tambahan – kami menganjurkan peraduan istimewa sempena bulan mulia ini dan anda mungkin berpeluang memenangi Gelung Lampu Selfie Cetaphil untuk rakam gambar Raya yang menawan. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menekan butang di sini.

 

Jadi, cubalah Cetaphil dan dapatkan kulit yang kekal lembut, halus dan sihat sepanjang Ramadan al Mubarak!