FAQ

Back

CETAPHIL

Apa itu Cetaphil?

Cetaphil adalah rangkaian produk penjagaan kulit direka khas untuk kulit menjadi sihat dan terbukti secara klinikal. Cetaphil percaya kulit yang sihat adalah langkah permulaan kepada kulit yang cantik dan berseri, jadi semua produk kami direka dengan matlamat utama menjadikan kulit anda sihat.

Apakah beza Cetaphil berbanding produk lain?

Cetaphil direka dengan matlamat mengutamakan kesihatan kulit dengan hasil keluaran kami bersandarkan kepada sains dan penyelidikan. Untuk memastikan produk kami benar-benar memelihara kulit anda, kami menjalinkan kerjasama yang rapat dengan pakar dermatologi untuk menghasilkan pencuci, pelembap, produk bayi dan rangkaian pelindung sinar matahari kami. Sejak permulaan kami 70 tahun lalu, Cetaphil telah mendapat kepercayaan pakar dermatologi dan pakar penjagaan kesihatan.

Siapakah yang boleh menggunakan Cetaphil?

Produk Cetaphil dirumus khas untuk bertindak secara lembut dan berkesan bagi semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif dan bermasalah. Jadi sama ada kulit anda normal, atau menghidapi masalah kulit seperti jerawat, rosasea atau ekzema, Cetaphil berupaya membersih, melembap dan melindungi kulit anda. Rangkaian produk Cetaphil adalah cukup luas dan merangkumi keperluan khas kulit dan rambut bayi hinggalah kepada penjagaan kulit yang dirumus bersama pakar dermatologi untuk mengatasi masalah kulit beruam, berjerawat dan mudah kering.

Mengapakah produk Cetaphil sesuai untuk kulit sensitif?

Walaupun mempunyai rangkaian produk untuk tujuan berbeza-beza, Cetaphil menggunakan formulasi yang memperkukuh atau memelihara lapisan pelindungan semulajadi kulit. Produk-produk ini turut diformulasi dengan kadar pH yang menyeimbangi nisbah asid-alkali kulit. Kami turut memastikan hanya bahan-bahan berkualiti tinggi digunakan di samping memastikan formulasi produk kami bebas wangian dan alahan. Ini menjadikan Cetaphil ideal untuk kegunaan harian termasuk untuk kulit sensitif.

Saya pernah terbaca yang Cetaphil Gentle Skin Cleanser tidak perlu dibasuh lepas dipakai. Betul ke?

Ya. Cetaphil Gentle Skin Cleanser bertindak lembut terhadap kulit, malah anda boleh menggunakannya tanpa air! Hanya sapukan losyen pencuci pada kulit dan seterusnya, lapkan losyen berlebihan dengan menggunakan kain kapas! Namun, ramai pengguna memilih untuk membilas dengan air seperti penggunaan pencuci biasa. Itu pun tidak menjadi masalah.

Adakah Cetaphil Gentle Skin Cleanser sejenis sabun cecair? Adakah ia menghasilkan buih?

Tidak. Ia bukan sabun cecair, dan tidak berbuih seperti sabun buku atau sabun cecair biasa. Walaupun tanpa buih, ia masih berupaya membersih kulit anda daripada minyak berlebihan, kotoran dan solekan wajah. Semua ini dengan formulasi bebas sabun yang terbukti secara klinikal di samping lembut dan berkesan untuk kulit anda.

Bolehkah saya gunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser setiap hari?

Ya, sudah tentu! Rutin penjagaan kulit harian adalah penting bagi memastikan kesihatan kulit terjaga, terutamanya individu dengan kulit sensitif. Formulasi kami cukup lembut digunakan setiap hari untuk siang dan malam.

Saya mempunyai kulit berminyak. Bolehkah saya gunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser?

Ya. Pencuci muka Cetaphil ini baik untuk semua jenis kulit dan berkesan menanggalkan minyak berlebihan, kotoran dan solekan. Jika kulit anda sangat berminyak, cubalah juga Cetaphil Oily Skin Cleanser yang dirumus khas untuk menghilangkan minyak tanpa merosakkan kulit.

Adakah Cetaphil Gentle Skin Cleanser sejenis pencuci muka atau pencuci badan?

Ia dirumus untuk bertindak lembut sebagai pencuci muka harian, tetapi boleh juga digunakan sebagai pencuci badan yang lembut dan berkesan.

Adakah Cetaphil Gentle Skin Cleanser berkesan menanggalkan mekap/solekan?

Ia berkesan menanggalkan minyak berlebihan, kotoran dan solekan. Untuk solekan yang tebal dan kalis air, Cetaphil Gentle Skin Cleanser boleh digunakan sebagai pembersih kedua selepas menggunakan pembersih solekan yang berasaskan minyak (makeup remover) kerana ia cukup lembut dan boleh melegakan kulit.

Mengapa anda memerlukan pembersih dan pelembap yang tidak menyumbat pori-pori kulit (iaitu – bukan komedogenik)?

Apabila pori-pori anda tersumbat, bakteria penyebab jerawat yang biasa didapati pada kulit manusia boleh berganda di dalam pori-pori dan menyebabkan jerawat terbentuk. Pembersih Cetaphil dan pelembap Cetaphil telah dirumus khas agar tidak komedogenik (tidak akan menyumbat pori-pori).

Pembersih dan pelembap Cetaphil sesuai digunakan di bahagian badan yang mana?

Produk Cetaphil sesuai untuk digunakan pada seluruh badan, termasuk wajah.

Apakah yang menentukan ciri-ciri kelembutan sesuatu pembersih tanpa sabun?

Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi ciri-ciri kelembutan dalam pembersih. Ia adalah bahan pembersih (surfactant) dan kepekatannya, pH produk, bahan pengawet dan pewangi yang ditambah.

Apakah 'surfactant' dan bagaimanakah ia mempengaruhi kelembutan?

Surfactant' digunakan dalam semua sabun dan pembersih untuk membantu peranan pencuciannya. Bilangan serta kuantiti/ kepekatan 'surfactant' yang digunakan boleh mempengaruhi kelembutan pada kulit. Pembersih Cetaphil mengandungi kuantiti yang minimum, iaitu natrium lauril sulfat.

Adakah pH pencuci perlu bersifat neutral untuk dikategorikan lembut?

Disebabkan permukaan kulit agak berasid, pH pencuci yang digunakan perlu seimbang. Manakala, sabun lebih bersifat alkali dan oleh itu boleh menanggalkan lapisan asid kulit asal yang penting. Produk Cetaphil mempunyai pH seimbang dan mencuci dengan lembut.

Mengapakah pembersihan secara lembut penting?

Walaupun mencuci dapat menanggalkan kotoran, bakteria, minyak, sel kulit mati, peluh dan lapisan lain daripada permukaan kulit, penggunaan sabun dan sesetengah pencuci boleh menanggalkan minyak semula jadi daripada kulit, lalu menjadikan kulit tegang dan tidak selesa. Dalam sesetengah situasi, ia boleh menyebabkan kulit menjadi kering, pecah-pecah atau mengelupas. Kerengsaan, keradangan atau jangkitan kulit juga boleh berlaku. Maka, pencucian yang lembut perlu dititikberatkan. Produk Cetaphil ialah salah satu daripada pembersih tanpa sabun yang paling lembut. [21 Day Cumulative Irritancy Study, Cantor Research Laboratoires, Inc. 2008 Galderama Dataon File]

Kulit saya sihat – apakah langkah yang boleh saya amalkan untuk memeliharanya sebaik mungkin?

Anda amat digalakkan untuk menjaga kulit anda supaya kekal sihat. Menjaga kulit anda bukan satu tindakan yang sukar, memakan masa atau mahal. Penggunaan pembersih tanpa sabun yang elok dan lembut diikuti dengan pelembap berkualiti adalah kunci utama kepada kulit sihat dan berseri. Anda juga dinasihati menggunakan krim pelindung matahari spektrum luas.

Di manakah saya boleh membeli Cetaphil?

Produk Cetaphil asli boleh ditemui di rak-rak penjagaan kulit di kedai-kedai farmasi berikut: Aeon Wellness, Caring, Guardian, Healthlane, Multicare, RedCap, Tigas Alliance, Watsons dan Vitacare.  

Anda juga boleh membeli secara dalam talian di laman web Guardian dan Watsons.