Cetaphil dikenali dengan reputasinya sebagai pakar penjagaan kulit bersandarkan dermatologi dan perubatan yang kukuh dan berpanjangan.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser yang ikonik diasaskan oleh seorang pakar farmasi pada tahun 1947 dan dipercayai para pakar dermatologi atas reputasinya sebagai produk penjagaan kulit yang lembut kepada semua jenis kulit.

Selama 70 tahun,  rangkaian produk kami telah dirumus dan diuji secara klinikal dengan kawalan rapi untuk memastikan hanya produk berkualiti tinggi untuk para pengguna.

Cetaphil telah meraih pelbagai anugerah di sepanjang kewujudannya di samping dipercayai dan diyakini peminat kecantikan dan komuniti penjagaan kesihatan. Justeru, Cetaphil kini menjadi jenama penjagaan kulit dermatologi No. 1 di Malaysia*.

Hari ini, Cetaphil menawarkan rangkaian produk merangkumi  pelembap muka dan tubuh, pencuci muka dan tubuh, penjagaan bayi, pelindung matahari dan produk untuk masalah kulit biasa. Dengan pilihan produk yang pelbagai, Cetaphil berazam menghasilkan formula penjagaan kulit berkesan dan lembut yang berupaya mengukuh dan melindungi kulit yang sensitif untuk penggunanya. Cetaphil memahami kepentingan penjagaan kulit yang hebat akan menghasilkan kulit yang berseri, cantik dan sihat – kerana kulit yang sihat adalah penting kepada kehidupan yang sejahtera.

Data IMS tentang Emolien & Perlindungan, MAT Q4 2017