Artikel Kesihatan Kulit

Cara Memandikan Bayi Dengan Betul

Bayi baru lahir tidak perlu dimandikan terlalu kerap kerana gaya hidup bayi masih terhad dan kurang terdedah kepada unsur persekitaran berbanding dengan orang dewasa.

Bayi juga tidak berpeluh sebanyak orang dewasa, maka mereka tidak perlu “dibersihkan” dengan kerap. Biasanya, mandian melebihi 3 atau 4 kali seminggu dianggap mandian yang berlebihan untuk bayi.

 

Memandikan Si Manja Anda

1) Suhu yang Sesuai

Pastikan air ditetapkan pada suhu yang sesuai untuk si manja. Suhu yang ideal rasanya hangat; tidak terlalu panas atau sejuk. Pastikan anda sentiasa memeriksa suhu air (celupkan siku anda ke dalam air untuk mengukur tahap kehangatan) sebelum membersihkan kulit si manja. Jika ia terlalu panas untuk siku anda, maka ia sememangnya panas untuk kulitnya.

 

2) Cara Memegang yang Baik

Cara anda memegang si manja amat penting semasa memandikannya. Pegang dengan lembut tetapi mantap sepanjang proses mandian. Gunakan satu tangan untuk menyokong di bahagian belakang si manja dan tangan yang satu lagi merangkul bahu dan belakang lehernya (posisi ini mesti tetap sepanjang mandian). Dengan tangan yang memegang belakang si manja, kaup air dengan perlahan-lahan dan basahkan badan si manja untuk memandikannya.

 

3) Pastikan Anda Sentiasa Bersama Si Manja

Jangan biarkan si manja bersendirian di tempat mandi, biarpun untuk seketika. Jika anda perlu meninggalkan bilik air, berhenti sebentar dan bawa si manja anda bersama. Si manja tidak boleh ditinggalkan bersendirian terutamanya ketika waktu mandi.

 

CET_BM_Visual_5.jpg

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Apabila dilakukan dengan betul, masa mandi boleh menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan dan cara yang baik untuk mengeratkan jalinan anda berdua dan memastikan kulit si manja sihat. Sapukan pelembap yang lembut selepas mandi untuk kulit yang sihat dan terhidrat.