null

Our cetaphil ingredients

Kandungan Cetaphil dipilih berdasarkan kajian mendalam tentang kandungan terbaik untuk menghasilkan produk Cetaphil yang memenuhi keperluan penjagaan kulit anda. Ia diformulasi secara khusus, memberikan adunan sempurna untuk menyokong penjagaan kulit sensitif dan efektif dalam membersih dan melembap.

KANDUNGAN UTAMA CETAPHIL

Produk penjagaan kulit Cetaphil memanfaatkan kandungan terbaik seperti niacinamide, panthenol, dan gliserin yang memiliki ciri-ciri unik dalam menghasilkan penjagaan kulit efektif untuk pelbagai jenis kulit.

Aloe Vera

Aloe vera adalah tumbuhan sukulen yang terdiri daripada 95% air, memberikan pemulihan kulit dan kandungan yang melembutkan kulit

Aloe Vera

Asid Hyaluronik

Asid hyaluronik terhasil secara semula jadi dalam kulit dan memberikan kulit keanjalan semula jadi dengan tekstur kulit lembut lagi mulus. Semakin berusia, asid hyaluronik semula jadi menurun. Asid hyaluronik boleh meningkatkan keanjalan kulit dan mengekalkan kelembapan dengan baik.

Hyaluronic Acid

Bisabolol

Bisabolol merupakan sebatian semula jadi dengan pelbagai manfaat untuk kulit. Ini termasuklah memberikan hasil kelegaan yang berkesan.

Bisabolol

Gliserin

Gliserin merupakan sebatian semula jadi. Ia adalah emolien larut air yang melembutkan dan memuluskan kulit. Ia juga menghasilkan pelembap berpanjangan dengan menyerap air ke dalam kulit dan membantu mengekalkan kulit lembap, agar kekal sihat dan muda.

Glycerin

Mentega Shea

Mentega Shea ditemui secara semula jadi di pokok shea Afrika yang penuh dengan vitamin dan lemak asid, yang memanfaatkan kulit sepenuhnya. Ia boleh memulihkan dan menyokong pelindung kulit semula jadi, mengekalkan kelembapan dan mengatasi kekeringan.

Shea Butter

Niacinamide

Niacinamide atau vitamin B3 merupakan vitamin penting untuk kulit yang mengandungi antioksidan dan penghidratan. Ia mengekalkan kelembapan kulit dengan berkesan.

Niacinamide

Panthenol

Panthenol atau pro-vitamin B5 adalah bentuk aktif daripada vitamin B5. Kandungan semula jadi ini memberikan hasil kelegaan ke atas kulit. Ia juga mempunyai pelembap semula jadi yang membantu kulit kekal lembap, lembut, licin dan mulus.

Panthenol

Tocopherol

Tocopherol atau vitamin E memberikan kesan antioksidan yang membantu melindungi kulit daripada kerosakan radikal permukaan. Ia juga melembutkan kulit dengan kesan penghidratan.

Tocopherol

Minyak Avokado

Minyak avokado, daripada buah avokado, kaya dengan vitamin A, D, dan E, lemak asid dan antioksidan, merupakan kandungan penting untuk melawan kulit berminyak. Vitamin ini menyuburkan kulit sekaligus memberikan kesan kelembapan untuk mengatasi kulit kering dan berkelupas.

Avocado Oil

Seraminda

Seramida ditemui di lapisan kulit paling luar yang membentuk asas penting pelindung kulit. Ia mengekalkan kelembapan kulit dan melindungi daripada kegatalan. Dalam konteks produk penjagaan kulit, seramida memberikan pemulihan kulit, hidrasi dan meningkatkan ketahanan kulit.

Ceramides

Minyak Badam Manis

Minyak badam manis, diperbuat daripada kacang badam, mempunyai ciri-ciri emolien yang melembutkan dan memuluskan kulit kering dan gatal sekaligus mengatasi tekstur kulit kasar. Ia juga boleh melembapkan dan melawan penuaan kulit. Ia mengandungi vitamin E untuk kesan antioksidan.

Sweet Almond Oil

Urea

Urea terhasil secara semula jadi dalam kulit sebagai faktor pelembap semula jadi. Ia mengandungi dwi-aksi dengan keratolitik (menanggalkan duri di luaran kulit, untuk kadar tertentu) dan menghidratkan kulit. Ini membolehkan ia untuk melembut dan melembap, menjadikan ia ideal untuk kulit kering dan kasar.

Urea