background-image

Krim Urea

Krim urea mempunyai kesan eksfoliatif pada kulit, menjadikannya licin dan lembut.






KETAHUI TENTANG KRIM UREA

Bahan-bahan kami dipilih dengan teliti untuk menyokong keperluan kulit anda yang unik dengan berkesan. Ketahui lebih lanjut tentang sains di sebalik krim urea dan bagaimana ia boleh membantu anda menjaga kulit anda.

background-image

APAKAH KRIM UREA?

Urea terhasil secara semulajadi dalam kulit dan merupakan sebahagian daripada faktor pelembapan semulajadi (NMF). Faktor pelembapan semulajadi yang dihasilkan oleh kulit adalah pengekal air dan membantu mengekalkan kelembapan kulit. Urea adalah sejenis humectan, yang bermaksud ia boleh menyerap kelembapan dari persekitaran atau lapisan kulit yang lebih dalam, menariknya ke lapisan kulit yang lebih atas. Selain itu, urea juga merupakan sejenis emolient yang melembut dan melicinkan kulit.






ingredients-urea-cream-image
null
urea-cream-image

APAKAH FUNGSI KRIM UREA KEPADA KULIT?


Disebabkan sifat pelembap dan humectant krim urea, ia adalah bahan yang ideal untuk anda yang mempunyai kulit kering. Khususnya, ia dapat membantu melembut dan melembapkan kulit yang tebal, kasar, atau keras. Krim urea digunakan dalam dermatologi untuk dwikesan iaitu eksfoliasi secara lembut (pada peratusan tertentu) dan menghidratkan kulit.

FAEDAH KRIM UREA

Kerana urea adalah sebahagian daripada faktor pelembapan semulajadi kulit, krim urea boleh digunakan untuk memberi dan meningkatkan kesan faktor-faktor ini dan mengekalkan kelembapan kulit lebih lama kerana ia menarik air dari persekitaran. Ini menjadikannya sangat baik untuk melegakan kulit kering.

Krim urea mempunyai kesan keratolytic (pada peratusan tertentu sekurang-kurangnya 10% atau lebih tinggi) kerana ia mengupas lapisan bertanduk (sel-sel yang keras) kulit luar (stratum corneum), menjadikan kulit terasa lebih halus dan lembut. Ini membolehkan sel-sel kulit mati gugur dan lebih banyak air disimpan dalam kulit.

Urea berfungsi baik dengan bahan-bahan lain dan meningkatkan penembusan ke dalam kulit.

null