Kulit Sihat Berseri sepanjang Ramadan

Cetaphil Ramadan Skincare Tips

Apabila dunia berhadapan dengan pandemik global seperti Covid-19 ini, pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan, contohnya seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mempraktikkan jarak sosial dan kempen duduk di rumah (#stayathome). Langkah ini telah menyebabkan banyak perubahan yang berlaku, termasuklah gaya hidup seseorang itu. Malah sambutan Ramadan pada tahun ini juga berbeza kerana kita mungkin terpaksa melaluinya sepanjang tempoh PKP.

 

Perubahan dalam gaya hidup ini turut memberi kesan terhadap tubuh khususnya dan kulit kita secara amnya. Perubahan kitaran tidur, pemakanan yang tidak teratur, tubuh tidak cukup terhidrat, kekerapan membasuh tangan dan sering mandi boleh menyebabkan kulit kita menjadi lebih kering dan mudah terkena iritasi, lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai masalah ekzema. Sekiranya penjagaan kulit diabaikan, ia akan menjejaskan pelindung kulit dan memberi kesan buruk yang berpanjangan. Namun usah risau, di sini ada beberapa tip yang anda boleh amalkan untuk pastikan kulit tetap terpelihara sepanjang berpuasa:

 

TIDUR

Pastikan anda mendapat tidur secukupnya. Tubuh perlukan rehat terutama setelah penat menahan lapar dan dahaga sepanjang hari. Apatah lagi kita harus bangun awal pagi untuk bersahur, jadi tidurlah lebih awal atau tidur sebentar di waktu siang untuk cukupkan 7-8 jam tidur yang tubuh kita perlukan setiap hari. Ini penting kerana semasa tidur, tubuh akan menghasilkan kolagen untuk memelihara serta mengekalkan kesihatan tubuh dan kulit kita.  Pastikan juga anda kekal hidrat sebelum tidur dengan minum banyak air suam serta sapu Krim Pelembap Cetaphil pada wajah dan tubuh anda agar kulit kekal lembap sepanjang anda berehat.

 

PELINDUNG MATAHARI

Walaupun duduk di dalam rumah, jangan lupa pakai krim pelindung matahari. Pancaran matahari boleh masuk melalui tingkap, pintu atau semasa anda keluar menyidai baju. Malah di gajet anda juga terdapat sinaran UV. Semua ini boleh menjejaskan pelindung kulit anda. Gunakan pelindung  matahari yang mengandungi sekurang-kurangnya SPF 50 dengan perlindungan UVA dan UVB, contohnya seperti Cetaphil UVA/UVB Defense SPF50+ yang melindungi sambil melembapkan kulit anda.

 

SAHUR YANG BERKHASIAT

Minum banyak air semasa sahur dan pilihlah makanan yang kaya dengan nutrisi seperti buah-buahan atau bijirin. Ini penting untuk pastikan anda kekal hidrat dan bertenaga sepanjang berpuasa. Ia juga baik untuk kulit wajah dan tubuh anda. Pilihan hidangan yang seimbang dapat memastikan kulit anda kekal sihat dan terpelihara.

 

AMALKAN RUTIN PENJAGAAN KULIT YANG SIHAT

Kulit merupakan organ terbesar tubuh, oleh itu anda harus konsisten menjaga pelindung kulit agar ia tidak mudah terjejas. Pilih pembersih hipoalergenik yang disyorkan oleh pakar dermotologi seperti Cetaphil. Gunakan Pembersih Kulit Lembut Cetaphil yang bebas sabun dan pewangi kerana ia membersih sambil melembapkan kulit. Kemudian, sapukan dengan Krim Pelembap Cetaphil yang dihasilkan dengan emolien dan humektan yang mampu mengekalkan lembapan dan menghalang kehilangan air dari tubuh anda untuk jangka masa yang lama. Sapu pada wajah anda setiap kali selepas berwuduk kerana kandungannya yang bebas sabun dan pewangi boleh dipakai ketika anda bersolat. Amalkan rutin ini untuk mendapatkan kulit yang sihat dan lembut.

 

 

Rutin penjagaan kulit yang konsisten boleh memelihara dan menjadikan kulit anda sihat sepanjang Ramadan. Aidilfitri juga terasa lebih bermakna bila kulit tetap berseri walaupun sambutannya mungkin tidak semeriah tahun-tahun sebelum berlakunya PKP. Namun apa yang penting, patuhi arahan kerajaan untuk sentiasa menjaga jarak sosial dan duduklah di rumah. Dunia teknologi pada hari ini juga membolehkan anda untuk sentiasa kekal berhubung dengan keluarga dan teman-teman melalui panggilan telefon mahupun video. Anda juga boleh membuat belian atas talian untuk hampir semua jenis barangan, jadi bolehlah anda membeli buah tangan atau hadiah untuk orang-orang tersayang. Malah anda juga boleh membeli produk penjagaan kulit Cetaphil dan sertai peraduan Gaya Raya Cetaphil untuk peluang memenangi banyak hadiah istimewa! Tarikh akhir peraduan ialah pada 31 Mei, jadi jangan tunggu lagi. Untuk info lanjut, layari: 

https://shopee.com.my/cetaphil.os atau https://s.lazada.com.my/s.0dEqX