Artikel Kesihatan Kulit

Menangani Kulit Kering melalui Penghidratan

Kulit kering boleh dirawat dengan menyapu pelembap yang dirumus untuk menghidrat/melembapkan kulit.

Melembapkan kulit kering boleh:

  1. memulihkan dan mengekalkan kandungan air dalam lapisan kulit paling luar

  2. melicinkan dan melembutkan kulit bersisik dan tegang

  3. mengurangkan keradangan

  4. mengubah keadaan persekitaran yang mengeringkan kulit

     

Dengan menambah penghidratan stratum corneum (lapisan luar kulit), gejala kulit kering dikurangkan. Losyen dan krim pelembap dirumus untuk menambah penghidratan kulit.

Pelembap yang paling biasa digunakan ialah losyen dan krim yang berasaskan emulsi minyak dalam air, manakala krim tangan pula berasaskan emulsi air dalam minyak. Losyen dan krim menambah kelembapan pada kulit, melembutkan kulit bersisik dan mengurangkan keradangan. Losyen dan krim lebih efektif jika ia disapu selepas mandi, sementara kulit masih kaya dengan air yang diserap semasa mandi.

SGMY_blog_7_655x370_body.png

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Produk pelembap Cetaphil dirumus pada asalnya untuk pakar dermatologi merawat kulit yang kering, sensitif atau terjejas. Pelembap Cetaphil tidak mengandungi bahan atau pewangi yang boleh merengsa atau membahayakan kulit.