Penjagaan Lembut Kulit Anak Anda

Kulit anak anda lebih nipis dan halus berbanding kulit anda. Ianya juga lebih sensitif terhadap elemen luaran menjadikan kulit mereka mudah mendapat iritasi.

 

Di sini ada beberapa tip untuk penjagaan lembut kulit anak anda:

 

1. Amalkan menyapu pelembap

Kulit kanak-kanak mudah kering dan hilang kelembapan dengan lebih pantas daripada jangkaan anda. Oleh itu, sentiasa sapukan pelembap terutamanya selepas mandi agar kulit mereka terpelihara dan terhidrat. Anda boleh cuba sapukan Cetaphil Baby Daily Lotion kerana ia mengandungi shea butter yang membantu melembap dan melindungi kulit anak anda.

 

2. Belai mereka

Semasa menyapu pelembap, lakukan urutan lembut. Perkembangan kanak-kanak banyak bergantung kepada sentuhan dan belaian kasih sayang, maka urutan adalah cara terbaik untuk membina hubungan dengan anak anda. Mulakan dengan sentuhan lembut pada dada dan perlahan-lahan beralih ke bahagian lengan dan perut. Kekalkan pandangan mata anda dengan si manja.

 

3. Kurangkan kekerapan mandi dalam sehari

Usah memandikan anak anda beberapa kali sehari kerana ia boleh menghilangkan minyak semula jadi yang memelihara dan melindungi kulit halus mereka. Oleh itu, sekiranya anak anda tidak begitu lasak (dan tidak berpeluh banyak) pada hari itu, kurangkan waktu mandinya.

 

4. Gunakan produk yang lembut dan hipoalergenik

Pilih produk yang lembut sahaja. Produk yang selamat haruslah bersifat hipoalergenik, bebas sabun dan telah diuji secara dermatologi. Itulah caranya untuk mengetahui yang formulasi tersebut lembut ke atas kulit anak anda.

 

 

10/10 ibu bersetuju yang Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash membersih dengan lembut dan melembapkan kulit halus bayi1

Dengan formulasi bebas sabun dan juga paraben, Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash sememangnya pembersih yang sesuai untuk anak anda. Ianya mengandungi 1/3 pelembap dengan aloe vera dan hipoalergenik. Paling utama, ia disyorkan oleh pakar pediatrik2. Sebab itulah Lisa Surihani, pelakon popular Malaysia dan ibu kepada dua cahaya mata, turut memilih Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash untuk anak-anaknya.

 

Dapatkannya dan cubalah ia hari ini!

 

1Kaji selidik dijalankan oleh Home Tester Club di antara 6/7/17 dan 8/9/17, 431 ahli telah menerima dan mencuba Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash di rumah.

 

2Seramai 200 orang pakar dermatologi dan pakar pediatrik di Jerman menjalankan kaji selidik dalam talian dari Februari hingga Mac 2015.