Wajarkan Kulit Bayi Saya Dilembapkan?

Kedatangan bayi baharu dalam hidup anda memerlukan anda mengalih tumpuan kepada mewujudkan rutin baharu. Dengan perkara yang anda perlu hadapi semakin banyak, boleh jadi anda terlupa penjagaan kulit bayi patut menjadi keutamaan.

 

Salah Faham Yang Biasa Ditemui Tentang Kulit Bayi

Ramai ibu bapa baharu menganggap kulit bayi mereka sudah cukup terhidrat hanya kerana ia terasa lembut.Tanpa penjagaan kulit yang sesuai, bayi lebih mudah terdedah kepada pelbagai masalah kulit seperti kegatalan, melelas dan ekzema - semuanya yang disebabkan kekeringan. 

 

Kulit bayi bukanlah seperti kulit individu dewasa, kulit bayi hilang kelembapannya lebih pantas kerana lapisan dermisnya sedang berkembang dan umumnya lebih mudah telap kelembapan. Kulit bayi juga lebih nipis yang menjadikannya lebih sensitif dan menunjukkan tindak balas kepada keadaan sekitarnya walaupun sedikit. 

 

Atas sebab itulah pakar-pakar mencadangkan agar kulit bayi dilembapkan setiap hari. Jika kulit bayi anda terlalu kering, pastikan untuk melembapkannya dua kali sehari - terutamanya selepas menukar lampin. Cubalah losen bayi seperti Cetaphil Baby Daily Lotion yang mengandungi mentega shea yang melembap dan melindungi kulit halus bayi. Jangan sekadar memakainya di kawasan kering, sebaliknya pakai seluruh badan semampu anda. 

 

Wajarkan Kulit Bayi Saya Dilembapkan?

 

Jadikan Melembap Kulit Salah Satu Rutin Penjagaan Bayi Anda

Lembapkan kulit bayi anda dengan sesi mengurut yang kerap. Urut bayi yang melibatkan sentuhan fizikal, pandangan mata dan  komunikasi suara telah terbukti mengukuhkan ikatan emosi antara ibu bapa dan anak. Berikut adalah beberapa langkah mengurut bayi:

  • Mulakan dengan menyapu losen ke tapak tangan bayi.
  • Urutkan losen ke tapak tangan bayi secara gerakan bulat.
  • Ulangi pergerakan sama kepada belakang tangan bayi anda dan teruskan.
  • Tarikkan setiap jari dengan lembut dan beralih kepada kaki.
  • Gunakan waktu yang ada untuk mengurut seluruh badan bayi anda.

 

Perhatikan dengan teliti tindakbalas bayi terhadap sentuhan anda. Jika bayi kelihatan resah atau risau, hentikan dan cuba lagi di lain kali.

 

Ketahui semua produk penjagaan kulit bayi Cetaphil yang lembut termasuk pembersih badan, syampu dan losen.