SAMPEL CETAPHIL BRIGHT HEALTHY RADIANCE

TERMA & SYARAT PERMOHONAN SAMPEL
Kempen CETAPHIL BRIGHT HEALTHY RADIANCE 2025 (“Kempen”)

Kempen ini dianjurkan oleh Galderma Malaysia Sdn Bhd (juga disebut sebagai “Penganjur”) dan akan dikelolakan berdasarkan Terma & Syarat berikut:

  1. Kempen ini terbuka kepada pemastautin di Malaysia dan expatriat yang mempunyai alamat tetap di Malaysia.
  2. Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
  3. Pemohon perlu mengemukakan nama penuh seperti tertera di MyKad, nombor untuk dihubungi, alamat surat-menyurat dan alamat e-mel untuk penghantaran sampel.
  4. Tempoh Kempen bermula 1 April 2025 – 31 Mei 2025. Sementara stok masih ada.
  5. Kakitangan Penganjur, agensi pengiklanan dan penyedia perkhidmatan promosi termasuk saudara-mara mereka yang mempunyai pertalian darah atau melalui perkahwinan tidak layak menyertai Kempen ini.
  6. Penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan teknikal yang berlaku berkaitan akses internet, rangkaian telekomunikasi atau sebarang sekatan terhadap permohonan.
  7. Penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kegagalan atau kelewatan dalam menjalankan kewajipan sekiranya kegagalan atau kelewatan tersebut berpunca daripada keadaan luar kawal yang munasabah.
  8. Penganjur berhak untuk membatalkan, menggantung atau meminda peraturan Kempen tanpa sebarang notis awal. Sebarang perubahan akan dimaklumkan sama ada pada laman web Cetaphil atau laman Facebook Cetaphil Malaysia.
  9. Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan dan/atau mengecualikan permohonan yang:
    1. tidak menepati kriteria kelayakan seperti yang ditetapkan di atas;
    2. maklumat tidak lengkap atau tidak sah;
    3. melanggar Terma dan Syarat atau peraturan lain atau mana-mana undang-undang atau peraturan yang berkaitan;
    4. mengikut ketetapan Penganjur, jika didapati pemohon cuba menjejaskan operasi Kempen dengan pemalsuan, penipuan atau perdayaan.
  10. Keputusan Penganjur mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan Kempen ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada kelayakan penyertaan, pembatalan, penamatan, atau penggantungan adalah muktamad. Surat-menyurat, rayuan, bantahan atau pertikaian lanjut tidak akan dilayan atau diberi pampasan.
  11. Setiap pemohon bersetuju untuk menanggung kerugian, melepaskan dan melindungi Penganjur, pegangan atau syarikat berkaitannya, pengarah, pekerja, ejen, penaja dan wakil daripada sebarang kerugian, hak, tuntutan, tindakan dan kerosakan (termasuk kerosakan khas, tidak langsung dan berbangkit) yang berpunca daripada penyertaan dalam Kempen, penerimaan dan penggunaan sampel atau pelanggaran Terma dan Syarat.
  12. Dengan menyertai Kempen ini, semua pemohon bersetuju dan membenarkan data peribadi mereka dikumpul, diproses dan digunakan oleh Penganjur untuk:
    1. bagi tujuan Kempen ini;
    2. aktiviti pemasaran dan promosi yang dikelolakan mengikut cara yang dianggap sesuai oleh Penganjur dalam mana-mana media termasuk, tetapi tidak terhad kepada sebarang bentuk pengiklanan atau publisiti dan bahan seperti rakaman audio dan/atau visual yang diterbitkan melalui surat khabar, rangkaian televisyen, stesen radio atau media dalam talian dan digital serta Internet, tanpa memerlukan persetujuan lanjut daripada pemohon.

SAMPEL:

  • Setiap pemohon hanya dibenarkan untuk menghantar satu permohonan, bagi setiap isi rumah.
  • Sepanjang tempoh Kempen, hanya pemohon terpilih yang akan berpeluang menerima sampel percuma.
  • Kuantiti sampel adalah terhad dan tertakluk kepada kesediaadaan.
  • Sampel tidak boleh dipindah milik, ditukar kepada hadiah tunai/produk dan tidak boleh dikembalikan.
  • Sampel akan dihantar terus ke alamat yang telah didaftarkan oleh pemohon.
  • Sampel akan dihantar melalui pos dan penghantaran akan mengambil masa sehingga 8 ke 12 minggu selepas Kempen berakhir. Disebabkan oleh keadaan yang tidak dapat dikawal, tempoh penerimaan sampel mungkin melebihi tempoh 8 ke 12 minggu seperti yang dinyatakan.